ANTOLOGI PUISI: TAFSIRAN TIGA ALAM

$10.80 $12.00

HAMED ISMAIL
HARTINAH AHMAD
SAMSUDIN SAID
paperback

Puisi-puisi daripada penyair Singapura, iaitu Hemd Ismail, Hartinah Ahmad dan Samsudin Said membawa nuansa romantis yang cair dalam menghadirkan cita-emosi yang menggugah rasa. Hamed Ismail mempunyai gaya pengucapan serta pemikiran yanng reaktif. Puisi-puisi Hamed Ismail memaparkan skop yang luas, strukturyang terbuka dan kreatif bereksperimen. Hartinah pula membawa peri kewanitaan, mengalunkan kata-kata yang lembut ada kalanya berbunga namun tegas dengan pendirian terhadap citra bangsanya. Sementara, Samsudin Said memilih pengucapan yang langsung, menurut perasaanya secara spontan dalam menghantar pendirian berbaur ekspresi. 

Puisi-puisi daripada ketiga-tiga penyair ini terlihat jelas terarah kuat kepada penataan emosi dan untuk kealamiahan. Ini menampilkan jiwa alamiah ketiga-tiga penyair ini yang mencari atau cuba menemukan sesuatu yang hilang dari diri mereka-sesuatu yang leluhur, asal dan keperibumian. Citra dan cita inilah menjadikan puisi-puisi tiga orang penyair ini terbawa dalam sebuah nuansa romantis yang mengasyikkan.